SM Sultan Abdul Halim
Encyclopedia
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim adalah salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh or Fully Residential School is a school system established to nurture selected outstanding students in a conducive and educational environment to excel in academics and extracurricular activities, creating a wholesome student. There is about 60 SBPs throughout Malaysia...

 (SBP) yang elit di Malaysia. Sekolah ini terletak di Jenan, Jitra
Jitra
Jitra is a town in Kedah, Malaysia. It is located in the Kubang Pasu district.It is the fourth largest town in Kedah after Alor Setar, Sungai Petani and Kulim....

 yang mana jaraknya dari ibu negeri Kedah, Alor Setar adalah lebih kurang 18 kilometer. Kini, sekolah ini adalah merupakan salah satu daripada Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia.

Hasrat kerajaan untuk menubuhkan sebuah sekolah aliran melayu telah membawa kepada penubuhan sekolah ini. Pada asalnya, ia beroperasi di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada Januari 1958 dan seramai 31 pelajar diserapkan ke dalam darjah menengah melayu di sini. Mereka menduduki Sijil Penilaian Rendah pada tahun 1960 dan pada tahun 1962 mereka menduduki Peperiksaan Sijil Persekutuan.

Menjelang tahun 1963, jumlah pelajar yang mengikuti pelajaran menengah melayu meningkat kepada 791 orang dan 1174 orang pada tahun berikutnya. Tanggal 7 Mei 1963,pelajar-pelajar yang menumpang belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid ini dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Jenan, Jitra. Upacara perasmian pembukaan sekolah ini telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun 1972, sekolah ini telah diisyhtihar oleh kerajaan sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh or Fully Residential School is a school system established to nurture selected outstanding students in a conducive and educational environment to excel in academics and extracurricular activities, creating a wholesome student. There is about 60 SBPs throughout Malaysia...

 di Malaysia dan pada tahun 2010, sekolah ini telah dinobatkan sebagai 20 sekolah terawal yang menerima gelaran Sekolah Berprestasi Tinggi berdasarkan pencapaian yang membanggakan.

Kini, sekolah ini mempunyai kira-kira 700 orang pelajar dengan 25 buah kelas serta tenaga pengajar seramai 71 orang. SMSAH dihormati sebagai salah sebuah SBP terbaik di Malaysia dan terbaik di negeri Kedah sama ada dalam pencapaian akademik mahupun kokurikulum.

Visi

Melahirkan generasi yang berwatak cemerlang dalam bidang ilmu, kemantapan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme setanding sekolah-sekolah terkemuka di negara ini.

Misi

Sebagai Sekolah Berasrama Penuh, SMSAH berperanan melahirkan insan-insan yang cemerlang dan berketerampilan dalam pelbagai disiplin pendidikan: kurikulum, kokurikulum serta sahsiah diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Logo dan Bendera Sekolah

Logo
  • Obor dan Atom menggambarkan kecenderungan dan dinamik dalam sains dan teknologi.
  • Rangkaian Enam Bulatan menunjukkan 6 buah rumah sukan yang bersatu untuk mencapai cita-cita yang sama.
  • Belajar dan Berbakti berperanan supaya pelajar melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat mencurahkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara.
  • Tiga Ekor Harimau Menunjukkan kemuliaan, keberanian dan kekuatan

Bendera
  • Kuning taat setia kepada raja dan negara
  • Merah berani menempuh cabaran
  • Biru kemakmuran dan keamanan

Tradisi

Saban tahun,para pelajar yang memasuki SMSAH adalah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat A dalam semua matapelajaran. Setiap pelajar tingkatan satu akan diberi seorang abang/kakak angkat dari tingkatan 4 untuk membimbing dan membantu pelajar tingkatan satu menyesuaikan diri di sekolah ini. Abang/kakak angkat akan memastikan adik angkat mereka cepat menyesuaikan diri di SMSAH.

Para pelajar lazimnya dibenarkan outing atau keluar ke bandar pada hujung minggu untuk mendapatkan barang keperluan masing-masing. Para pelajar diwajibkan memakai pakaian rasmi sekolah iaitu baju batik berwarna biru dan seluar hitam bagi lelaki manakala sepasang baju kurung batik berwarna biru pula diwajibkan untuk pelajar perempuan. Majoriti pelajar gemar ke Bandar Darul Aman/BDA untuk mendapatkan barang keperluan mereka.

Pada hari jumaat pula, pelajar-pelajar lelaki akan bersiap sedia untuk menunaikan solat jumaat di masjid sekolah ataupun dikenali sebagai masjid Muadzam Shah. Para pelajar akan mengenakan sepasang baju melayu lengkap bersampin biru untuk ke masjid. Setiap pelajar akan membawa buku catatan untuk mencatat segala isi khutbah yang mana boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan. Pada hari jumaat juga, pihak sekolah mengadakan pasar malam di kafeteria SMSAH. Aneka makanan disediakan untuk pelajar dan gerai-gerai jualan diusahakan oleh para pekerja sekolah. Tayangan wayang gambar juga diadakan sebagai hiburan untuk para pelajar.

Kokurikulum

Persatuan dan Kelab
  • Persatuan Bahasa Melayu 
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Antarabangsa
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Matematik & Sains
    Sains
    Sains is a locality in Brittany.-History:Treaties between France and England placed Brittany under English rule. In 1402 the French and English were getting along a little better, after many decades of disputes in 1518 a treaty was signed giving England ownership of Brittany, hostages were handed...

  • Persatuan Sejarah
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab PROSTAR
  • Kelab UNESCO
    UNESCO
    The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization is a specialized agency of the United Nations...

  • Kelab Fotografi
  • Kelab Usahawan Muda
  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)


Unit Beruniform
  • KRS
    Kadet Remaja Sekolah Malaysia
    Kadet Remaja Sekolah Malaysia is a scout-like movement organized by the Government of Malaysia as a youth organisation.-History:...

  • Pengakap
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
  • Kadet Polis
  • Puteri Islam
  • Pandu Puteri
  • Pasukan Pancaragam
  • Persatuan Bulan Sabit Merah


Sukan & Permainan
  • Kelab Squasy
  • Kelab Bola Keranjang
  • Kelab Bola Tampar
  • Kelab Sepak takraw
    Sepak takraw
    Sepak takraw , or kick volleyball, is a sport native to the Malay-Thai Peninsula...

  • Kelab Ragbi
  • Kelab Bola Sepak
  • Kelab Hoki
    Hoki
    Hoki can mean:* Hōki Province, was an old province of Japan, today part of the Tottori Prefecture.* Hōki, Tottori, a town in Japan.* Hōki, a Japanese era name from 770 through 781....

  • Kelab Bola Jaring
  • Kelab Kriket

Senarai Pengetua SMSAH

From Until Principal Name
1964 1966 Ahmad bin Salleh
1967 1970 Baharom bin Othman
1971 1973 Mahmood bin Haji Ismail
1973 1977 D.J. Muzaffar Tate
1977 1982 Abdul Razak Bin Abu
1982 1987 Mohd. Zin bin Ishak
1988 1993 Ramli bin Mohd. Noh
1993 1996 Mizuar bin Nasarudin
Mac 1996 Disember 1996 Md. Yusoff bin Othman, A.M.N
1997 2000 Che Pa bin Hashim
2000 2002 Zainol Abidin bin Ahmad
2002 2011 Ahmad bin Din

Pencapaian SMSAH 2008/2009

Pencapaian Peringkat Kejohanan/Pertandingan Tahun
Johan Kebangsaan Kejohanan Menembak Piring PKBM Darat 2008
Johan SBP Zon Utara Bola Sepak Bawah 14 Tahun 2008
Ketiga Kebangsaan Catur Bawah 18 Tahun 2008
Keempat Kebangsaan Deklamasi Sajak - Seni Jauhi Dadah 2008
Anugerah Emas SBP Kebangsaan Pertandingan Wind Orchestra 2008
Naib Johan Negeri Ragbi Bawah 15 & 18 Tahun 2008
Naib Johan Premier Ragbi Bawah 16 Tahun 2008
Naib Johan Premier Bola Jaring Bawah 16 Tahun 2008
Johan SBP Zon Utara Bahas Bahasa Melayu HKSBP Zon Utara 2008
Naib Johan SBP Zon Utara Bahas Bahasa Inggeris HKSBP Zon Utara 2008
Naib Johan Negeri Forum Remaja Kedah 2008
Ketiga Negeri Konvensyen Usahawan Muda Kedah 2008
Johan Negeri Olahraga 200m MSSK 2009
Naib Johan SBP Kebangsaan Debat Bahasa Inggeris HKSBP Kebangsaan 2009
Ketiga SBP Kebangsaan Pertandingan Wind Orchestra 2009
Johan SBP Zon Utara Bola Sepak Bawah 14 Tahun 2009
Ketiga SBP Zon Utara Hoki SBP Zon Utara 2009
Naib Johan SBP Zon Utara Debat Bahasa Melayu HKSBP Zon Utara 2009
Ketiga SBP Zon Utara Debat Bahasa Inggeris HKSBP Zon Utara 2009

Pautan Luar

The source of this article is wikipedia, the free encyclopedia.  The text of this article is licensed under the GFDL.
 
x
OK